Salam sejahtera semua. Saya, Ah Gei dari ATKC Hardware. Hari ini, Ah Gei akan memperkenalkan sedikit sebanyak tentang latar belakang ATKC. ATKC Hardware adalah sebuah kedai logam, atau kedai papan dan bahan-bahan binaan, milik keluarga Ah Gei yang ditubuhkan sejak tahun 2000.




Seperti perniagaan-perniagaan yang lain, masa permulaaan itu memang susah dan pedih. Masa itu, kami tidak mempunyai sebarang pengalaman berniaga, tambahan pula modal perniagaan pun terhad. Kekadang, sepanjang hari berniaga, tidak ada sebarang jualan. Maklumlah, kami masih baru, barangan jualan tidak lengkap, dan kurang memahami permintaan pasaran tempatan, maka pelanggan pun kurang! Susahkan nak berniaga? Penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Hari ini, kami boleh berbangga dengan pencapaian ATKC Hardware sebagai “Home Improvement Store” atau Pusat Kelengkapan Rumah dengan identiti dan imej tersendiri. Kepelbagaian produk kami yang menjadi pilihan anda, disokong oleh pasukan kami yang sentiasa menawarkan khidmat nasihat dan perkhidmatan terbaik.

Selain berkunjung ke kedai kami untuk meilhat sendiri produk-produk, anda juga boleh membeli secara atas talian “online” pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Sungguh mudah kan? Ada yang mungkin tertanya-tanya, ada perkhidmatan penghantaran ke? Ada…jangan risau!

Bagi Ah Gei, Ah Gei berazam untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, di samping seorang suami, ayah dan anak yang bertanggungjawab kepada keluarga. Ah Gei percaya bahawa keluarga ada suatu entiti yang penting dalam kehidupan kita. Keluargalah tempat perlindungan kita, terlahirnya nilai cinta, kasih sayang dan pembentukan keperibadian anak-anak kita.

Justeru itu, Ah Gei bertekad untuk menjadi seorang YouTuber atau Key Opinion Leader (KOL) dalam industri Ah Gei, berkongsikan ilmu, pengalaman dan produk-produk terkini kepada anda semua!Untuk peminat Facebook (FB), silalah “LIKE” dan “SHARE” video Ah Gei. Begitu juga untuk peminat YouTube kami, silalah “SUBSCRIBE” kepada channel Ah Gei.

Terima kasih banyak-banyak.

Semoga kita berjumpa lagi.